Monday 28 January 2019

Mesyuarat Guru-guru dan Staf Sokongan SKJU

Mesyuarat Kakitangan dan Guru-guru Sempena Sambutan Kehadiran GPK Pentadbiran Baru tahun 2019 

Hari           :    Rabu
Tarikh        :     23 Januari  2019
Waktu        :     1.45 Tengahari  sehingga jam 2.40 Petang
Bertempat   :    Bilik Gerakan SKJU
Tentatif
Mesyuarat   :   Menyambut kedatangan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang telah melaporkan diri
                       bertugas di SKJU  iaitu En. Mohamad Firdaus Khor Bin Abdullah yang berasal dari Pulau
                       Pinang dan kini menetap di Ketumbit Paya Taram.



Seterusnya pada hari Isnin bersamaan 28 Januari 2019 menjadi perhimpunan yang bersejarah untuk pertama kalinya En. Mohamad Firdaus Khor Bin Abdullah telah memperkenalkan diri kepada murid-murid serta menyampaikan ucapan dan kata aluan serta pandangan dan pendapat di tapak perhimpunan sekolah yang merupakan perhimpunan yang kali ketiga diadakan untuk sesi tahun 2019.




Thursday 12 July 2018

Sesi Pergambaran Staf Sokongan

Sesi Pergambaran Staf Yang Dibuat Di Pejabat 2018

Tarikh      :  6 Julai  2018
Hari         :  Jumaat
Waktu     :   11.50 Tengahari
Tempat    :   Pejabat  SKJU


Dari Kiri Pn. Noraitta, Cik Pn Haliza,
En. Zali, En. Mohd Aizat, Pn. Intan
Azlina dan Pn. Nor Adzillah










Thursday 5 July 2018

Sesi Pergambaran Guru-Guru SKJU

Sesi Pergambaran Guru-Guru dan Staf Sokongan SKJU 2018  

Hari      :  Selasa
Tarikh   :  5 Jun  2018
Waktu  :  8.35 pagi sehingga 9.20 pagi
Tempat :  Tapak Perhimpunan Sekolah


Dari Kanan Berdiri Pn. Hasnita, Pn. Mazidah, Pn. Noraini,
Pn. Rosnamiza, Ustazah Aisah, Pn. Shah Hanim, Pn. Siti
Aibbaiyah, Pn. Shaidatul Shazana, Cik Aimi Syafiqa,
Cik Nor Silah, Pn. Nor Eaza, Cik Ain Izzati, Cik Suhada,
Pn. Norhayati, Pn. Hamidah, Cik Syazwani & Ustazah
Hayati 

Dari Kanan Duduk  En Nazarudin, Ustaz Najib, En Ahmad
Nasarudin, GPK koko En Mohamed Nasir, GPK Hem En.
Zulkefli, Tn Guru Besar En Mohd Saniy Tai, GPK
Pentadbiran Ustazah Aduwiyah, En Syukri, En. Ekhwan,
Ustaz Sha'arizal, En. Zulkiman, En. Helmi Riza dan
En Sufrizal

Dari Kanan  Pn Intan Azlina, Pn Adzilla, Cik Pn Haliza, Tuan
Guru Besar En. Mohd Saniy Tai,  En Mohd Aizat, Pn Noraitta
dan Pn Asmarizah





Thursday 27 June 2013

Lawatan Pegawai PPD Temerloh Ke SKJU

Lawatan Dan Pemantauan Pegawai PPD Temerloh Di Bilik Gerakan SKJU 

Bilik Gerakan SK Felda jenderak Utara yang terkini....>>>>

Pemandangan dari bahagian hadapan

Pemandangan dari bahagian belakang

Pemandangan bahagian dari sudut kanan ke belakang


Pemandangan dari kiri sisi ke bahagian hadapan


Antara gambar pegawai PPD Temerloh yang hadir membuat pemantauan ke Bilik Gerakan

Antara pemantau yang bertugas dalam menilai tahap
keceriaan bilik gerakan SKJU



Dari kanan Haliza, Asmah, Normah dan Roslina


Monday 4 March 2013

Sumbangan Bunga

Bunga-bunga Yang Disumbangkan Oleh Ahli PIBG SKJU 2013  










Pihak Sekolah Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Penyumbang dan Diharapkan ahli PIBG boleh meneruskan program yang lebih baik dan bermanfaat untuk meningkatkan status keceriaan sekolah kita bersama.

Wednesday 17 October 2012

Sejarah Guru Besar S.K. (FELDA) Jenderak Utara

SENARAI  GURU BESAR  YANG  PERNAH  BERKHIDMAT  DI SEKOLAH  KEBANGSAAN (LKTP) JENDERAK UTARA   


Pertama

En. Omar Hashim  Bin  Awang Kecik
07/01/1974  sehingga   02/01/1979

Kedua

En. Saamri  Bin  Yusof
10/01/1979  sehingga   31/12/1979

Ketiga

En. Yeo Keang Wang
01/01/1980  sehingga   15/08/1980  

Keempat

Tn. Haji Mahyuddin  Bin  Akil
16/08/1980  sehingga   31/12/1982  

Kelima

En.  Samjis  Bin  Abdul  Manaf  (pemangku)
01/01/1983  sehingga   30/04/1983  

Keenam

En.  Ibrahim  Bin  Abdullah
01/05/1983   sehingga   31/08/1985

Ketujuh

En.  Jamlus  Bin  Mohamed
01/09/1985   sehingga   30/09/1987

Kelapan

En.  Abdul Rahman  Bin  Wi
01/10/1987   sehingga   31/01/1989  

Kesembilan

Tn. Haji  Abdullah  Bin  Abdul Rahman
01/02/1989   sehingga   31/08/1993

Kesepuluh

En. Mat Saman Bin  Abdul Rahman
01/09/1993   sehingga   15/02/1995

Kesebelas

Pn.  Zamiah  Binti  Salleh
16/02/1995  sehingga  31/10/1996

Keduabelas

En.  Mussana  Bin  Abdul Mubin
01/11/1996   sehingga  06/08/1998

Ketigabelas

En. Kamalruzaman  Bin  Mohd Radzi
07/08/1998  sehingga  31/03/2000

Keempatbelas

En. Rahmad Bin  Mohd Rais
01/04/2000  sehingga   15/02/2006

Kelimabelas

En.  Abdul Khalid  Bin  Bujang
16/02/2006  sehingga  22/08/2010

Keenambelas

Pn.  Hajah Ruziah  Binti  Haji  Ghazali
23/08/2010  sehingga 30/04/2013 


Ketujuhbelas  (17) (XVII)

En. Mohd Saniy Tai Bin  Abdullah
2/05/2013  sehingga  SEKARANG


SEJARAH  SEKOLAH       

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau, Pahang ini telah  dibuka dengan rasminya pada  07/01/1974.  Guru Besar  pertama  yang  mengasaskan  pembukaannya  ialah En. Omar Hashim Bin Awang Kecik.  Hanya tiga orang Guru Penolong dan tiada  seorang pun murid yang melaporkan diri sesi persekolahan pada hari tersebut.  Pada  09/01/1974  hanya lima orang murid sahaja yang mendaftarkan diri.  Bangunan sekolah waktu itu hanya satu bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru besar, satu bilik guru, 1 bilik pejabat sekolah, 2 tandas murid, 2 tandas guru dan hanya terdapat dua stor untuk simpanan peralatan sekolah.  Pada waktu tersebut juga, sememangnya sekolah masih belum mendapat bekalan air mahupun elektrik. Bekalan air untuk sekolah mula diterima pada 13/01/1974. Keadaan sekolah pada waktu tersebut juga serba-serbi kekurangan dan tiada seorang pun pekerja pekebun swasta pada waktu tersebut. Perhubungan sekolah dengan kawasan luar pada waktu tersebut juga  cuma melalui jalan tanah merah yang sangat teruk. Jalan yang dilalui tersebut berdebu pada waktu panas dan berselut serta berlumpur pada musim hujan.

Pada 29/10/1974, Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu perjalanan pentadbiran sekolah dan Lawatan Pertama Pegawai PPSK Daerah Temerloh iaitu En. Abdul Wahab Bin Sidek pada 02/05/1974 sebagai fungsi memerhatikan perjalanan bagi setiap peranan dan pentadbiran sekolah.  Murid ketika itu seramai 31 orang dan guru 4 orang termasuk guru besar. Pada 08/05.1974 sekolah telah menerima guru untuk subjek agama Islam dan menjadikan jumlah guru seramai lima orang
termasuk Guru Besar.

Selain itu, sukan tahunan sekolah ini turut diadakan temasyanya buat kali pertama pada 25/08/1975 yang dirasmikan oleh En. Abdul Wahab Bin Sidek  yang merupakan pegawai  PPSK Daerah Temerloh.

Diawal persekolahan pada tahun 1976 iaitu pada 05/01/1976 jumlah murid meningkat kepada 179 orang dan jumlah guru masih lima orang termasuk Guru Besar. Pada tarikh 02/09/1976, pihak kerajaan telah membina 5 unit rumah kerajaan termasuk 1 unit rumah Guru Besar dan dengan itu, jumlah guru telah bertambah menjadi sembilan orang termasuk guru besar.

Oleh sebab meningkatnya pertambahan murid pada tahun 1977 sekolah terpaksa dibuka dua sidang iaitu pagi dan petang kerana kekurangan bilik darjah. Dari segi pentadbiran ia telah menambahkan lagi kesulitan.
Pada 03/1/1978 iaitu awal persekolahan adalah seramai 57 orang murid dari Felda Jenderak Selatan telah menumpang menjadi sebahagian pelajar di sekolah ini.  Jumlah guru turut bertambah menjadi tiga belas orang termasuk Guru Besar.

Pada tarikh 19/09/1978, En. Omar Hashim iaitu Guru Besar telah mengasaskan pembukaan sekolah ini telah  diarahkan oleh ketua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran malaysia menyerahkan jawatannya kepada En. Ramli Bin Othman, guru penolongnya. Pada 03/1/1979, En. Ramli Bin Othman  telah  bertukar dan jawatan Guru Besar digantikan kepada En. Abu Hanifah Bin Haji Abdullah. Tugas beliau tamat pada 09/1/1979.

Pada 10/1/1979, En. Saamri Bin Yusof pula dilantik menjadi pemangku jawatan Guru Besar sekolah ini dan sehingga berakhir pada 31/12/1979.

Pada tarikh 1/1/1980, En Yeoh Keang Wang, telah dilantik menjadi Guru Besar dan berakhir pada 15/08/1980.  Pada 16/08/1980, Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil mengambil alih tugas sebagai guru besar sekolah ini sehingga penghujung tahun 1982.  Pada 1/1/1983, En. Samjis Bin Abdul Manaf telah bertugas sebagai pemangku jawatan Guru Besar di sekolah ini sehingga la pada tarikh 30/04/1983 dan sewaktu di bawah pentadbiran beliau terdapat dua buah bilik darjah telah dibina dalam tahun semasa beliau menjadi pemangku Guru Besar.

Pada tarikh 1/05/1983, giliran En. Ibrahim Bin Abdullah yang dilantik menjadi Guru Besar. Dalam masa perkhidmatannya pihak kerajaan telah membina tiga lagi bilik darjah dan ia adalah sebuah projek kilat bagi sekolah ini. Tidak lama kemudian, terdapat lapan lagi bilik darjah ditambah bagi menampung keperluan bagi sekolah yang sedang dalam perancangan untuk peningkatan taraf bilik darjah dalam tahun tersebut. Setelah empat bulan berikutnya, iaitu pada 1/09/1985 sekolah ini dinaikkan ke gred A setelah gred B yang pernah di nobatkan pada 01/01/1980 dan pada sebelum tahun 1980 sekolah ini hanya mendapat kedudukan gred C sahaja. Pada tarikh tersebut juga, En. Jamlus Bin Mohamed telah dilantik menjadi Guru Besar dan pada tarikh 1/1/1986, sekolah ini telah menerima seorang Guru penolong Kanan kat C2, tingkatan khas iaitu En. Othman Bin Chik.

Pada 1/01/1989, En. Abd Rahman Bin Wi dilantik menjadi guru besar yang hanya bertahan selama sebulan sehingga beliau digantikan oleh Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman pada 1/02/1989  selama tempoh empat tahun sebelum beliau bertukar ke SK Bandar Mentakab pada 1/07/1993. Dalam minggu pertukaran tersebut juga beliau digantikan oleh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga tarikh 15/02/1995 dan seterusnya digantikan oleh Pn. Zamiah Binti Salleh yang merupakan Guru Besar wanita pertama yang berkhidmat di sekolah ini sehingga beliau bertukar ke SK (FELDA) Jengka 23 pada 31/10/1996 dan beliau digantikan oleh En. Mussana Bin Abd Mubin dari tarikh  1/11/1996 sehingga tarikh 6/08/1998 yang mana beliau ditukarkan ke SK Abu Bakar Mentakab pada tahun tersebut.  Pada tarikh 7/08/1998 En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi telah dihantar ke sekolah ini sebagai guru besar yang seterusnya menggantikan guru besar yang telah bertukar dan tempoh perkhidmatan beliau adalah dari tahun 1998 sehingga tahun 2000 iaitu pada akhir bulan Mac tahun tersebut.

Seterusnya guru besar yang baru adalah dari tarikh 1/04/2000 iaitu En. Rahmad Bin Mohd Rais yang mana tempoh perkhidmatan beliau adalah yang paling lama di sekolah iaitu selama enam tahun  sehingga beliau bersara pada 15/02/2006 dan seterusnya beliau digantikan oleh En. Abdul Khalid Bin Bujang yang mula berkhidmat pada 16/02/2006 dan dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak prasarana dan infrastruktur serta kemudahan sekolah telah ditambah dan dinaik taraf menjadi sekolah yang memperolehi pengikhtirafan unggul dan setanding dengan sekolah lain dari segi kokurikulum, pendidikan, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sewaktu perkhidmatan beliau terdapat bangunan baru empat tingkat yang bakal dirancang untuk dibangunkan di sekolah ini sebagai bilik darjah tambahan selain sebagai bilik tayangan, kelas pafa, kelas fardu ain, surau dan bilik seni yang bakal didirikan di bangunan yang dirancang tersebut. Tempoh perhidmatan beliau tamat pada 22/08/2010 yang mana tempoh pentadbiran beliau adalah selama empat tahun enam bulan dan digantikan oleh Pn. Hjh Ruziah Binti Hj Ghazali iaitu Guru Besar sekolah ini yang ke enambelas dan mula berkhidmat dari tarikh 23/08/2010 sehingga 30/04/2013.

Tuesday 11 October 2011

Senarai Nama Kakitangan S.K. (FELDA) Jenderak Utara

Guru Besar
En.  Mohd Saniy Tai  Bin  Abdullah

GPK Pentadbiran


GPK HEM
En. Zulkefli Bin Salim  

GPK Kokurikulum
En . Mohamad Nasir Bin Ismail

Tenaga Pengajar
1-   En.  Mohd  Ekhwan  Bin  Mohd  Shukor 
2-   En.  Helmi Riza  Bin  Adnan
3-   En. Sha'arizal Bin Mansor
4-   En. Mohamad Nazarudin Bin Mat Husin
5-   Pn.  Norhayati  Binti Jakariah 
6-   Pn.  Hamidah  Binti  Rahmad 
7-  
8-   En.  Mohamad Najib Bin Hj. Nawawi  
9-   Pn.  Mazidah
10- Pn. Norhayati  Binti  Ahmad
11- Pn. Shah Hanim  Binti  Tahir 
12- Pn. Syahidatul Syazana  Binti  Shahalinan
13- Pn. Noor Eaza  Bin  Parsan 
14- Pn. Siti  Aibaaiyah  Binti  Sulong 
15- Pn. Noraini Binti  Mat Dasir
16- Cik Syazwani  Binti  Aziz 
17- En.  Syahrul Nazlee  Bin  Mohd Ali  (Akan ku kenang dlm ingatanku)
18- Pn.  Siti Aisah  Binti  Mohd Razali 
19- Pn. Hasnita  Binti  Md Ali Hanapiah
20-
21- Cik Suhada  Binti Puteh
22- Cik  Nurul Ain Izzati  Binti  Mohd Sukor
23- Cik  Aimi  Syafiqah  Binti  Serba Jalil
24- Pn. Rosnamiza Binti  Shaari

 


Kakitangan  Sokongan 

1-  Pn. Haliza  Binti  Ali 
2-  Pn. Noraiatta
3-  En. Mohd  Aizat  Bin  Mohd Salleh
4-  En. Zali  Bin  Tan
5-  Pn. Asmarizah Binti Jaafar
6-  Pn. Intan Azlina Binti Amin
7-  Pn. Nor Azilla Binti  Abu Talib


Kakitangan  Am

1- En.  Bahari  Bin  Osman 
2- En.  Mazlan  Bin  Abdullah 
4- En.  Abdul Mutalib Bin Abdul Majid
5- Pn.  Umai  Kalsum  Binti  Naseh
6- Pn.  Hanapisah  Binti  Tuan  Soh 
7- En.  Mohd Nizam Bin Jaafar
8- Pn.  Nor Hamizah Binti Nordin




Bilik Gerakkan  SKJU

Suasana yang terdapat di bilik Gerakan SKJU adalah seperti di bawah ini:

Bilik Gerakan di pandangan bahagian dari hadapan ke belakang


Bilik Gerakan dari pandangan sudut sisi 


Bilik Gerakan di pandangan bahagian dari belakang ke hadapan

Mesyuarat Guru-guru dan Staf Sokongan SKJU

Mesyuarat Kakitangan dan Guru-guru Sempena Sambutan Kehadiran GPK Pentadbiran Baru tahun 2019   Hari           :    Rabu Tarikh        : ...