SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENDERAK UTARA
Pertama
En. Omar Hashim Bin Awang Kecik
07/01/1974 sehingga 02/01/1979
Kedua
En. Saamri Bin Yusof
10/01/1979 sehingga 31/12/1979
Ketiga
En. Yeo Keang Wang
01/01/1980 sehingga 15/08/1980
Keempat
Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil
16/08/1980 sehingga 31/12/1982
Kelima
En. Samjis Bin Abdul Manaf (pemangku)
01/01/1983 sehingga 30/04/1983
Keenam
En. Ibrahim Bin Abdullah
01/05/1983 sehingga 31/08/1985
Ketujuh
En. Jamlus Bin Mohamed
01/09/1985 sehingga 30/09/1987
Kelapan
En. Abdul Rahman Bin Wi
01/10/1987 sehingga 31/01/1989
Kesembilan
Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman
01/02/1989 sehingga 31/08/1993
Kesepuluh
En. Mat Saman Bin Abdul Rahman
01/09/1993 sehingga 15/02/1995
Kesebelas
Pn. Zamiah Binti Salleh
16/02/1995 sehingga 31/10/1996
Keduabelas
En. Mussana Bin Abdul Mubin
01/11/1996 sehingga 06/08/1998
Ketigabelas
En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi
07/08/1998 sehingga 31/03/2000
Keempatbelas
En. Rahmad Bin Mohd Rais
01/04/2000 sehingga 15/02/2006
Kelimabelas
En. Abdul Khalid Bin Bujang
16/02/2006 sehingga 22/08/2010
Keenambelas
Pn. Hajah Ruziah Binti Haji Ghazali
23/08/2010 sehingga 30/04/2013
Ketujuhbelas (17) (XVII)
En. Mohd Saniy Tai Bin Abdullah
2/05/2013 sehingga SEKARANG
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau, Pahang ini telah dibuka dengan rasminya pada 07/01/1974. Guru Besar pertama yang mengasaskan pembukaannya ialah En. Omar Hashim Bin Awang Kecik. Hanya tiga orang Guru Penolong dan tiada seorang pun murid yang melaporkan diri sesi persekolahan pada hari tersebut. Pada 09/01/1974 hanya lima orang murid sahaja yang mendaftarkan diri. Bangunan sekolah waktu itu hanya satu bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru besar, satu bilik guru, 1 bilik pejabat sekolah, 2 tandas murid, 2 tandas guru dan hanya terdapat dua stor untuk simpanan peralatan sekolah. Pada waktu tersebut juga, sememangnya sekolah masih belum mendapat bekalan air mahupun elektrik. Bekalan air untuk sekolah mula diterima pada 13/01/1974. Keadaan sekolah pada waktu tersebut juga serba-serbi kekurangan dan tiada seorang pun pekerja pekebun swasta pada waktu tersebut. Perhubungan sekolah dengan kawasan luar pada waktu tersebut juga cuma melalui jalan tanah merah yang sangat teruk. Jalan yang dilalui tersebut berdebu pada waktu panas dan berselut serta berlumpur pada musim hujan.
Pada 29/10/1974, Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu perjalanan pentadbiran sekolah dan Lawatan Pertama Pegawai PPSK Daerah Temerloh iaitu En. Abdul Wahab Bin Sidek pada 02/05/1974 sebagai fungsi memerhatikan perjalanan bagi setiap peranan dan pentadbiran sekolah. Murid ketika itu seramai 31 orang dan guru 4 orang termasuk guru besar. Pada 08/05.1974 sekolah telah menerima guru untuk subjek agama Islam dan menjadikan jumlah guru seramai lima orang
termasuk Guru Besar.
Selain itu, sukan tahunan sekolah ini turut diadakan temasyanya buat kali pertama pada 25/08/1975 yang dirasmikan oleh En. Abdul Wahab Bin Sidek yang merupakan pegawai PPSK Daerah Temerloh.
Diawal persekolahan pada tahun 1976 iaitu pada 05/01/1976 jumlah murid meningkat kepada 179 orang dan jumlah guru masih lima orang termasuk Guru Besar. Pada tarikh 02/09/1976, pihak kerajaan telah membina 5 unit rumah kerajaan termasuk 1 unit rumah Guru Besar dan dengan itu, jumlah guru telah bertambah menjadi sembilan orang termasuk guru besar.
Oleh sebab meningkatnya pertambahan murid pada tahun 1977 sekolah terpaksa dibuka dua sidang iaitu pagi dan petang kerana kekurangan bilik darjah. Dari segi pentadbiran ia telah menambahkan lagi kesulitan.
Pada 03/1/1978 iaitu awal persekolahan adalah seramai 57 orang murid dari Felda Jenderak Selatan telah menumpang menjadi sebahagian pelajar di sekolah ini. Jumlah guru turut bertambah menjadi tiga belas orang termasuk Guru Besar.
Pada tarikh 19/09/1978, En. Omar Hashim iaitu Guru Besar telah mengasaskan pembukaan sekolah ini telah diarahkan oleh ketua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran malaysia menyerahkan jawatannya kepada En. Ramli Bin Othman, guru penolongnya. Pada 03/1/1979, En. Ramli Bin Othman telah bertukar dan jawatan Guru Besar digantikan kepada En. Abu Hanifah Bin Haji Abdullah. Tugas beliau tamat pada 09/1/1979.
Pada 10/1/1979, En. Saamri Bin Yusof pula dilantik menjadi pemangku jawatan Guru Besar sekolah ini dan sehingga berakhir pada 31/12/1979.
Pada tarikh 1/1/1980, En Yeoh Keang Wang, telah dilantik menjadi Guru Besar dan berakhir pada 15/08/1980. Pada 16/08/1980, Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil mengambil alih tugas sebagai guru besar sekolah ini sehingga penghujung tahun 1982. Pada 1/1/1983, En. Samjis Bin Abdul Manaf telah bertugas sebagai pemangku jawatan Guru Besar di sekolah ini sehingga la pada tarikh 30/04/1983 dan sewaktu di bawah pentadbiran beliau terdapat dua buah bilik darjah telah dibina dalam tahun semasa beliau menjadi pemangku Guru Besar.
Pada tarikh 1/05/1983, giliran En. Ibrahim Bin Abdullah yang dilantik menjadi Guru Besar. Dalam masa perkhidmatannya pihak kerajaan telah membina tiga lagi bilik darjah dan ia adalah sebuah projek kilat bagi sekolah ini. Tidak lama kemudian, terdapat lapan lagi bilik darjah ditambah bagi menampung keperluan bagi sekolah yang sedang dalam perancangan untuk peningkatan taraf bilik darjah dalam tahun tersebut. Setelah empat bulan berikutnya, iaitu pada 1/09/1985 sekolah ini dinaikkan ke gred A setelah gred B yang pernah di nobatkan pada 01/01/1980 dan pada sebelum tahun 1980 sekolah ini hanya mendapat kedudukan gred C sahaja. Pada tarikh tersebut juga, En. Jamlus Bin Mohamed telah dilantik menjadi Guru Besar dan pada tarikh 1/1/1986, sekolah ini telah menerima seorang Guru penolong Kanan kat C2, tingkatan khas iaitu En. Othman Bin Chik.
Pada 1/01/1989, En. Abd Rahman Bin Wi dilantik menjadi guru besar yang hanya bertahan selama sebulan sehingga beliau digantikan oleh Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman pada 1/02/1989 selama tempoh empat tahun sebelum beliau bertukar ke SK Bandar Mentakab pada 1/07/1993. Dalam minggu pertukaran tersebut juga beliau digantikan oleh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga tarikh 15/02/1995 dan seterusnya digantikan oleh Pn. Zamiah Binti Salleh yang merupakan Guru Besar wanita pertama yang berkhidmat di sekolah ini sehingga beliau bertukar ke SK (FELDA) Jengka 23 pada 31/10/1996 dan beliau digantikan oleh En. Mussana Bin Abd Mubin dari tarikh 1/11/1996 sehingga tarikh 6/08/1998 yang mana beliau ditukarkan ke SK Abu Bakar Mentakab pada tahun tersebut. Pada tarikh 7/08/1998 En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi telah dihantar ke sekolah ini sebagai guru besar yang seterusnya menggantikan guru besar yang telah bertukar dan tempoh perkhidmatan beliau adalah dari tahun 1998 sehingga tahun 2000 iaitu pada akhir bulan Mac tahun tersebut.
Seterusnya guru besar yang baru adalah dari tarikh 1/04/2000 iaitu En. Rahmad Bin Mohd Rais yang mana tempoh perkhidmatan beliau adalah yang paling lama di sekolah iaitu selama enam tahun sehingga beliau bersara pada 15/02/2006 dan seterusnya beliau digantikan oleh En. Abdul Khalid Bin Bujang yang mula berkhidmat pada 16/02/2006 dan dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak prasarana dan infrastruktur serta kemudahan sekolah telah ditambah dan dinaik taraf menjadi sekolah yang memperolehi pengikhtirafan unggul dan setanding dengan sekolah lain dari segi kokurikulum, pendidikan, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sewaktu perkhidmatan beliau terdapat bangunan baru empat tingkat yang bakal dirancang untuk dibangunkan di sekolah ini sebagai bilik darjah tambahan selain sebagai bilik tayangan, kelas pafa, kelas fardu ain, surau dan bilik seni yang bakal didirikan di bangunan yang dirancang tersebut. Tempoh perhidmatan beliau tamat pada 22/08/2010 yang mana tempoh pentadbiran beliau adalah selama empat tahun enam bulan dan digantikan oleh Pn. Hjh Ruziah Binti Hj Ghazali iaitu Guru Besar sekolah ini yang ke enambelas dan mula berkhidmat dari tarikh 23/08/2010 sehingga 30/04/2013.